A) Logo NILAM
B) Definisi
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
C) Pelaksanaan
Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dihayati oleh semua warga sekolah, pihak pentadbir sekolah terutama sekali Guru Besar / Pengetua perlu dahulu memahami konsep dan matlamat program ini. Ini kerana mereka perlu memberi taklimat dan penerangan tentang program ini kesemua warga sekolah. Antara perkara-perkara yang perlu mereka terangkan ialah :
1. Latar belakang gerakan membaca.
2. Apa itu Nilam
3. Tujuan Nilam
4. Aktiviti asas Nilam
5. Tahap pertama Nilam
6. Tahap kedua Nilam
7. Sistem kawalan
8. Pengiktirafan.
Manakala mesyuarat guru juga perlu diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Antara agenda yang perlu dibincangkan ialah:
1. Menyediakan carta organisasi
2. Menentukan peranan GPMS, Setiausaha Nilam, guru kelas dan guru matapelajaran.
3. Menyediakan senarai tugas / melibatkan semua staf.
4. Menentukan dan menyusun jadual perlaksanaan.
5. Menentukan bahan mencukupi.
6. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi;
a) pengumpulan data
b) pengesahan
c) pengawalan
d) penilaian.
No comments:
Post a Comment