Pages

Monday 14 January 2013

Ada apa di perpustakaan?

Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatanmerata 
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meniliti
Mata dan fikir bersebati


Maju ke ruang buku

Terlalu kerdil aku di sini

Terapung di laut ilmu

Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman




Bersemadi di sini

Aku adalah pelayar yang dahaga

Di dada samudera

Tak  berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tidak pernah langsai


 shafie Abu bakar   
Antologi harga Remaja



      Perpustakaan merupakan satu gedung ilmu yang dipenuhi dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan terdapat juga pelbagai jenis bahan bacaan yang dapat membuka minda pelajar serta menarik minat pelajar untuk membaca.Membaca merupakan'Jambatan Ilmu".Dengan adanya perpustakaan di sekolah para pelajar dapat memupuk minat membaca dengan meminjam bahan-bahan bacaan di perpustakaan.Di samping itu,dengan membaca , prestasi akademik pelajar dapat ditingkatkan lagi.Oleh itu,perpustakaan turut memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekoalh untuk memningkatakan prestasi pelajar dalam bidang akademik seterusnya dapat memupuk minat membaca dalam diri pelajar serta matlamat untuk mewujudkan budaya membaca di sekolah dapat direalisasikan.


      Berdasarkan sajak di atas terdapat pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati di perpustakaan.Antaranya ialah perpustakaan merupakan suatu kawasan yang kondusif untuk membolehkan semua pengunjungnya  tekun membaca atau menelaah bahan bacaan yang disediakan.Dengan ini,para pengunjung dapat meluanglkan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah di perpustakaan.Oleh itu,masa yang ada dapat diisi secara berkualiti dengn membaca di perpustakaan.

    Selain itu, terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh kita dapati di perpustakaan.Ilmu yang ada pada diri kita ini sebenarnya masih belum mencukupi.Secara jujurnya,ilmu yang ada di perpustakaan juga tidak dapat kita terokai dn dibaca sehingga habis kerana terlalu banyak ilmu yang terdapat di perpustakaan.Dengan ini,kita harus memanfaatkan perpustakaan dengan sebaiknya dan cuba untuk meneroka ilmu yang ada di perpustakaan sebanyak mungkin.Oleh itu,kita hendaklah rajin untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari ilmu yang baru.

  Seterusnya,perpustakaan juga diibaratkan sebagai satu khzanah yang amat penting dan bermakna serta menjadi satu pusat ilmu untuk membentuk anak watan yang berprestij dan berilmu pengetahuan yang tinggi sepanjang zaman.Sebagai seorang manusia,kita seharusnya terus mencari ilmu pengetahuan kerana ilmu di dada masih belum mencukupi kerana ilmu pengetahuan terlalu banyak  sehingga tidak terhabis untuk dipelajari.

 Di perpustakaan juga merupakan suatu tempat untuk merehatkan minda.Dengan adanya bahan bacaan yang santai di perpustakaan ,para pengunjung bukan sahaja dapat belajar dengan tenang malah para pelajar dapat merehatkan minda.Di perpustakaan juga ada menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.Sebagai contoh, aktiviti NILAM.Aktiviti ini dapat menggalakkan para pelajar untuk meminjam buku seterusnya dapat memupuk minat membaca dalam diri pelajar.

 Akhirukalam,pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh kita dapati di perpustakaan dan perpustakaan merupakan satu tempat yang kondusif untuk mengulang kaji pelajaran.Perpustakaan merupakan satu tempat rujukan ilmu yang utama untuk para pelajar di sekolah.Oleh itu,para pelajar digalakkan untuk memanfaatkan perpustakaan dengan sebaik-baiknya.Pihak perpustakaan sekolah menantikan kehadiran pelajar semua ke perpustakaan.Mudah-mudahan dengan adanya perpustakaaan sekolah ia dapat membantu para pelajar untuk membuat rujukan serta dapat melahirkan generasi yang berilmu dan bersahsiah unggul demi mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment